Sunday, December 12, 2010

kayu


time tu waktu lunch
gua dengan kawan2 gua yg lain tengah makan dengan lahapnye
kami semua bekerja keras aritu
so kena la makan kaw2

time tengah makan tu...
XO gua pandang kami semua dengan pandangan tajam macam nak terkam kami
tapi kami rilek
kami meneruskan sesi melahap dengan tenang

tiba2 gua terdengar suara pekikan melaung meminta sesuatu
'dey jiji!!!!!kayu!!!!' tegas XO gua berkate2

'dem...die nk pukul ktorang dengan kay
u ke?' bisik ati gua
nk kene kontek teledera neh...
bahaya da semakin hampir

jiji pun pegi la amik kayu tu dengan rileknye
gua tengok jiji bagi kayu ape kat XO aku tu
rupe2nye kayu ni je...
ps:buat gua gabra lebih je...clake sungguh

Friday, September 10, 2010

keluh kesah malam raye

pada suatu hari
ada seorang pevet sedang mengengsot di bawah rumah kampung di kampung beliau.
hasrat hati beliau adalah untuk mencuci mata beliau dengan keindahan ciptaan Allah.
setelah penat beliau mengengsot, beliau sudah tiba di port baik dimana terdapat satu lubang yang sengaja dikorek beliau semata untuk melihat ciptaan Allah itu.
sedang seronok memerhatikan ciptaan Allah itu menukar baju
tiba2 beliau terasa tangan beliau digigit oleh satu benda yang berlendir

beliau tgk tgn beliau sendiri didapati benda yang berlendir itu ialah katak

'haduiiiiii...time aku tgh skodeng ni la natang ni nak gigit aku..potong stim btul'

kemudian beliau teringat kata org tua dulu2...

'dulu mak aku cakap, kalau katak gigit, bunyi guruh baru dia lepas...apa kata aku try skang'

'siak pang!siak pang!siak siak pang!' beliau berteriak kuat berlagak membuat bunyi seperti guruh dan halilintar di langit sana

'siak siak pang!siak siak pang!siak siak pang!'beliau buat lagi

setelah beberapa ketika beliau membuat bunyi2an tersebut...

'pang!!!!!!!!!!hang buat apa kat bawah rumah aku ni!!!!!!pang2!!!!!'

ps:kisah ini kisah benar...cuma masa kejadian sahaja yang diubah

Saturday, June 12, 2010

wishing fountain

mesia da ade wishing fountain weh!!!!!
kalo tak caye g la tgk kat depan pavillion tu
tgk kaum mane yg banyak wish

Tuesday, April 20, 2010

dem


ade sape2 nak ke?

Saturday, April 17, 2010

tipu

mak gua penah cakap...jangan sekali2 coba untuk menipu beliau...bencana akan berlaku...

ok...gua memang rasa terancam ngan ugutan mak gua...tapi itu tidak menghalang gua untuk mencoba...

first time gua coba menipu...gua eksiden
second time gua coba menipu...gua kene tahan polis
third time gua coba menipu...gua eksiden sekali lagi
yang lain2 takleh diberitahu...rahsia

gua penah dengar pepatah...orang yang bijak belajar daripada pengalaman orang lain...orang yang pandai belajar daripada pengalaman diri sendiri...orang yang bodoh nak mampus tak penah belajar dari pengalaman diri sendiri or orang lain...

disebabkan gua terdiri daripada golongan yang bijak dan pandai...
so gua da tak coba untuk menipu mak gua lagi...
padah...dem

cikgu...cikgu

time2 gua tengah stadi untuk final isnin ni...gua pikir balik ape yang gua achieve sepanjang hidup gua selama 23 taun ni...dan gua kecewa...sebab gua rasa macam takde bende yang gua boleh banggakan selama gua bernafa kat muka bumi ni...gua hanya mengikut sistem yang di suap kepada gua...sama seperti rakan2 gua yang lain...apa yang gua buat selama ni hanyalah seperti mengikut buku manual seperti yang lu orang dapat bila beli laptop dan gadget2 yang agak memeningkan kepala sendiri...lu bukak mukasurat 1...lu akan dapat arahan buat macam ni...dan yang selebihnya lu paham2 sendiri laa...

apa yang gua maksudkan ialah...bila lu berumur 5 taun lu kene masuk tadika...umur 7 taun masuk sekolah rendah...dan bila umur lu 13 taun lu masuk sekolah menengah lak...lepas je sekolah menengah baru la lu akan dapat pilihan...samada lu nak amik diploma, tingkatan 6, matrikulasi atau sijil2 dan sebagainya macam sijil, kolej komuniti etc2...pastu lu akan amik degree,master dan phd...semua ni da macam diprogramkan kepada kita semua...nak tak nak kita kene ikut jugak sebab kita asyik kene ugut samada lu sedar atau tak dari kecik lagi...

'lu kene belajar rajin2...baru dapat kerja elok2...'bak kata cikgu tadika gua dulu

tapi sekarang gua macam kene tipu bulat2 ngan cikgu tadika gua...dia tipu...kalo lu tak belajar elok2 pun lu boleh dapat kerja yang bagus...jangan percaya cikgu tadika...diorang tipu...cakap kat adik2 korang sume...selepas 18 taun baru gua sedar...jangan biarkan adik2 lu tertipu macam gua

Monday, April 12, 2010

sempit

TOLONG~!!!!!!

dengar suara tu punya signature je gua da tau da sape
macam sekilas ikan di air da tau mane jantan betina
mintak maap kalo peribahasa gua salah
gua memang fail sket bab2 peribahasa melayu
gua bukan budak seni
tak paham sangat

berbalik kepada cerita asal...
gua tercari2 mana suara tu datang
pusing kanan...tak nampak orang
pusing kiri...takde gak
mebi kat belakang gua kot
gua pusing laju2
takde gak
demit...gua buat tatau je...perjalanan harus diteruskan

baru je gua nak menapak

TOLONG~!!!!!!

dem...apebende la maghrib2 ni nak mintak tolong kat gua neh
gua pusing2 lagi macam tadi cari punca mana suara tu datang

gua ternampak satu benda yang gua syak punca sebenar suara sumbang tu
gua tengok bawah

'laaaa...ape la yang lu suke sangat duduk dalam longkang malam2 neh?'macam biase laa...tanye sambil giggle2 gitu

'pale lutut lu gua suke...gua eksiden ni...wheelie tak lepas...termasuk dalam longkang...dalam lak tu...gua tak sampai nak panjat...'sedih suare membe gua sorang ni

gua sambung gelak lagi sambil meminta tolong orang2 kampung

paranoid android

Rain down, rain down
Come on rain down on me
From a great height
From a great height... height...
Rain down, rain down
Come on rain down on me
From a great height
From a great height... height...
Rain down, rain down
Come on rain down on me

That's it sir
You're leaving
The crackle of pigskin
The dust and the screaming
The yuppies networking
The panic, the vomit
The panic, the vomit
God loves his children, God loves his children

i just love this part of song
the melody, the lyrics, the voice
perfect.

Thursday, April 8, 2010

Living life

I have absolutely no figures to hand but would hazard a guess that golf is by far the most dangerous pastime in which you can indulge.

Bing Crosby is the most famous casualty of this absurd hobby but he is by no means alone. My uncle went West on the fairway and I'm fairly sure that every weekend, some red-faced freemason curls up his toes somewhere between the fifth and sixth greens.

I once have an argue with my friend, John Peng because of golf. I,ve told him that golf is usually played by old, fat people who have not done any form of exercise since living school back in the days when they had diphtheria and Hitler.

You heart, when you,ve spent 50 years sitting at a desk eating chocolate, is a fatty, amorphous blob which cannot be expected to cope should you suddenly decide to take up golf. And it certainly won't able to cope the first time you catch a glimpse of yourself in those stupid strides.

Remember this: exercise of any kind is dangerous. Even horizontal jogging can be hazardous.

Time and time again, people with a predilection for wearing yellow lycra tell us that we must look after ourselves, that we must give up smoking, that we must run everywhere and that red meat is evil.

And who is that man who jumps up and down on breakfast television?

Look. During my younger years, i smoked 78,000 cigarettes and drank perhaps 8,000 cans of coke. I rarely did anything strenuous - except that - and here i am in 2010, fit, fat and happy, though i will admit that in a morning, I do sometimes produce the most enormous docker's oysters.

Now, compare this state of affairs to my more agile and sporty friends who, throughout our younger years together, jogged to school, trained twice a week, went to the gym and play rugby. And all of them ended up injured in some unpleasant way.

This meant they couldn't carry on being sporty and, as a result, all their muscle has turned to fat. They still have broken knees, wonky spines and jogger's nipple.

They don't smoke so they're on edge. They don't drink coke as much as i am so they're dull. And pretty soon, they're all going to take up golf and die of a heart attack.

In my past life i have skied occasionally and each time some part of me was working has stopped. Once i broke my thumb. And most of my right knee is still in Val D'Isere.

I have done some karting but always, always, always end up headbutting a wall. Which hurts.

I once went fishing and just when we were about to come home, a 30 kilogram stingray took a fancy to the plastic octopus I'd been dangling in the water and it took me six hours to land the damn thing. My hand were bleeding and i was sick twice.

Just recently, i'm thinking about to learn how to scuba dive. But after quite sometime 'Google'ing i figured out that it is not a sport, as all you do is hang around, weightless, looking at the fishes and coral. Apart from the bit when you jump off the boat, it's completely effortless, and furthermore, you can't possibly hurt yourself under water, unless a shark eats your leg.

Unfortunately, I was wrong. After a bit more 'Google'ing, i found out that there are currents which are pretty handy for moving you away from the boat but a damn nuisance when you want to get back. Ideally you wait for the tide to change but as you will getting through a tank of air in 15 minutes, this was not an option.

Also, you maybe will ended up cutting your foot and bled like a stuck pig. And you will have bruises on your knee because of your effort getting back into the boat and your ear which even after three weeks, still thinks it's 75 feet down and won't pop back to one bar.

Now, I would not never ever hurt myself when i'm sleeping or slouched in front of the television. So that, from now on is where you'll find me.

And to make sure i always take the car, even when i'm popping down to the corner shop for more fags. I have bought one of those American traffic light things to hang over my front door. It says, simply, Don't Walk.

I understand that as a result, I shall die earlier than might have been the case if I'd spent every waking moment down at the gym, grunting.

But i shall have had a happy life and i shall toddle off before Alzheimer's sets in and before i'm humiliated with the need for an incontinence bag.

Sunday, April 4, 2010

arse

gua kagum ngan membe gua sorang ni
die cukup pantas da efisien dalam meneliti kelemahan seseorang
gua kagum sebab die boleh hapal ape yang orang tu cakap
walaupun mende tu da bertahun2 lamanya
semata2 nak bahan si fulan tu balik


tp itu je la yang die terer dan yang gua kagum...lain paham2 je la

Thursday, March 18, 2010

kahweng?

gua da muak da pegi kenduri kawen nowadays.semua same je.tentatif majlis yang biasa.majlis mula pkul 12 sampai kol 6.makanan caterer masak.ala2 buffet.pengantin sampai dalam pukul 1
pakai kilat2.kalo pengantin tu 'hitam manis'.die suke pakai baju yang tak matching ngan 'hitam manis' die tu.spek itam tak tinggal.mesti ade.yg tu dari aku kecik aku tak paham.kenape mesti pakai?silau matahari ke silau baju snirik?pastu ade kompang.pastu bla bla bla....(macam kenduri biaselah senang cite)

***

kalo gua punye kenduri kawen gua nak buat cani

gua tanak pakai tengkolok.rambut gua da cantik.so tak perlukan tengkolok untuk kaverkan rambut gua.gua tanak pakai samping sebab gua benci samping.tatahu kenapa.untuk makanan gua nak kerahkan orang2 kampung gua masak.derang masak sedap!oh..gua takkan pakai spek itam.untuk acara hiburan lak.gua akan sediakan guitar hero full set untuk memembe gua main.sebaik saje gua sampai lagu muse akan berkumandang.cool.gua haramkan karaoke dan kompang dalam majlis gua.gua takkan bersanding sebab gua tak suke duduk berdua ngan bakal bini gua depan orang ramai.gua pemalu.serius.

last skali gua takkan buat kenduri gua time matahari tengah terpacak betul2 atas kepala gua. nnti cair mekap.gua buat malam.sejuk.tak berpeluh.

last lagi skali lepas kenduri gua ngan memembe gua keluar buat bachelor party.hehe

hikhikhik

gua ade hobi baru skang
sepak kaki membe gua yang baru lepas operate lutut
pastu curik tongkat die

***

gua macam agak enjoy ngan aktiviti baru gua

Wednesday, March 17, 2010

bila lecturer bersuara

satu pagi yang hening...
tempat yang gua selalu duduk dah macam takde orang da
da ramai blah da dari tempat ni
gua g duduk belakang awek2
wangi
baru gua ade semangat nak belajar

***

pensil picit ditangan sudah tersedia
buku sudah terbuka
gua dengar lecturer gua berkata-kata

'hah!mane sume orang yang kat atas tu?sume da tanak datang kelas da?sume da malas da?
ni mesti sebab alif ni...bawak virus tanak datang kelas kat budak-budak ni!' separa menjerit lecturer gua membebel

gua jd jem
gua angkat tangan
gua bersuara

'cikgu!sy ade kat sini ah!tak nampak ke~???' sambil mate gua kenyit2 kat beliau

'oh...ingatkan kamu takde...bukan kamu salu duduk kat belakang ke?' merah padam muke lecturer gua menahan malu sebab tuduhan liar tak berjaye

satu kelas gua ketawa berdekah-dekah macam esok nak kiamat.

***

kelas tu da dekat setengah sem da start
gua baru skali datang
nasib gua baik

Tuesday, March 16, 2010

permohonan maaf secara terbuka

tengah baris

tolak hatimtai

die kantoi dengan jurulatih sbb tak duk diam dlm baris

die kene panggil

die kene tampar

punca kejadian ini berlaku??

gua!

ape gua buat?
gua menangis sambil ketawa sebab membe baik gua kene tampa sebab gua
sedih beb

sori hatimtai
nnti aku blanje ko roti canai 20 bijik


Tuesday, March 2, 2010

kinky..

gua punya sahabat baik da buat blog
kinky habes
macam gampang je
lepas ni satu kelas gua kene berhati2
takut cerita2 panas tersebar kat blog die


Monday, February 8, 2010

cuti makin dekat, ape gua nak buat?

gua jeles tengok memembe gua sibuk stadi, buat assignment dan tesis
gua runsing
bila la lecturer gua nak bagi semua2 tu
haish...
gatal tangan da neh

Monday, December 14, 2009

s untuk tidak

gua tengah sedap melayan md membe gua sambil baring2
time tu mana bley baring suka suka
bahaya beb
silap2 kene sebat ngan senior
dengan kelapangan masa yang gua ada dan ketiadaan senior
gua baring sepuas - puasnya

***

gua terlelap
demit
tgk jam da pkul 8
tak smayang maghrib lagi ni
tp gua rilek
gua buat tatau je
gua g amik air smayang kat toilet yang ala2 dark water tu
balik bilik trus sodorm
abes je bagi salam
gua tgk membe gua tgh mengusha gua

'wtf?' bisik ati kecil gua

gua tgk die ngan membe gua sorang lagi
macam tgh membincangkan sesuatu yang hangat
gua ape lagi
sebagai pengerusi papa jarum sekolah
mesti la gua nak kene curi dengar
mana tau berita letop2 untuk gosip esok
peluang tak boleh dilepaskan

gua macam mengengsot sedikit demi sedikit
derang tak seda
gua da perasan gua macam ninja da waktu tu
setelah beberapa ketika
gua berada pada jarak pendengaran yang agak2 sesuai laa
gua dapat dengar ape yang derang sembang

'lu tau tak...skang mende paling 'it' ape? budak no 1 berkate

'gua ade dengar ade perkataan baru dicipta' budak no 2 menjawab

gua macam pelik
perkataan bulih menjadi the 'it' thing skang eh?
gua sambung curi dengar lagi

'gua menuntut ngan senior form 4 kite...die kate sekolah kite perlu ade perkataan baru...baru hot dikalangan sbp2 yang lain' kate budak no 1

'gua menyokong penuh cakap senior tu...kite perlukan kelainan untuk menjadikan sekolah kite unik daripada sekolah lain' budak no 2 bersuara

wtf?
macamane perkataan baru boleh menjadikan sekolah gua unik daripada sbp lain?
cam tak masuk akal je
gua tak puas ati lagi
so gua sambung curi dengar

'lu kene cakap maskan...kalo lu nak cakap lu tak makan...contoh ayat cani laa...gua maskan la rini...gua kenyang' kate budak no 1

'fuh!!!!!canggih sial ayat tu...baru stail budak sekolah kite cani...berbeda dari yang lain...gua sokong!!!' kate budak no 2 dengan separa menjerit

cilakak!
gua da gelak terguling2 da waktu tu
2 ekor budak tu tgk gua semacam
melalui pandangan derang macam mengatakan gua tgh sawan waktu tu

lepas pada malam tu je
penggunaan s pada setiap perkataan makin menjadi2
sesiapa yang cipta perkataan baru akan diangkat bagai raja
telinga gua pun da lali dengar perkataan2 seperti dibawah:

tisdo
tashu
bascer
isngat

disamping itu:

kareb (rujuk entri kamikup)


Monday, December 7, 2009

selim

gua rase cam da lame gua bela lemak gua
solution harus dicari
walopon orang cakap gua nampak comel kalo gemok
dusta semua tu
gua da tak tahan
gua kena kurus balik



ps:ade pape cadangan produk utk gua gune?

Monday, November 16, 2009

Sijil Pelajaran Malaysia

tahun 2004
waktu tu tgh bulan puasa
selaku salah seorang calon pelajar paling berdisiplin sekolah
gua dengan bangganya datang sekolah awal aritu
sebelum ni gua susah sket nak datang sekolah awal
sebab asal time gua nak sampai sekolah je
gua nampak kabus kat pintu gerbang sekolah gua tu
so gua macam tak nampak jalan masuk
bahaye kalo lalu jalan tak nampak ni
kang terjatuh dalam longkang ke?
sape salah?
moto kesayangan gua jugak yang rosak
bukan gua takde kesedaran nak pegi sekolah awal
gua cari jalan nak masuk bagai nak seribu daya
tp tak jumpe2 gak
setelah gua kecewa ngan pencarian gua tu
gua truskan perjalanan ke umah membe gua
lepak2 minum kopi mak die buat dulu
lambat sket baru gua pegi skolah balik
time loceng makan la salunye

okeh...
habis pasal cerite nak cari jalan...


gua sampai sekolah awal aritu
pengawas yang salu berdiri depan pagar amik name budak2 pun tak sampai lagi
itu menandakan gua datang sekolah sangat awal
tak penah dibuat gua tu

pagi tu gua sahur memang terbaik punya
mak gua memang tau taste gua pagi2
dia masak nasi tomato ngan ayam masak merah
memang tus tus la gua cakap sama lu

paper gua aritu dalam pkul dua camtu
sambil tengah dok stadi
gua dengar bisikan2 memembe keparat gua
diorang tgh berkomplot nak beli nasi kandar sedap kat pekan nun
air liur gua da meleleh2 da
tapi berkat iman gua yang masih tebal lagi waktu tu
gua buat dekkk je
gua kental
jantan kental takkan terpengaruh dengan nasi kandar sedap
puasa lebih penting, bisik ati gua

tapi benda paling gua tak syok datang balik kat gua

alep2...jum la pegi kedai fulan bin si fulan tu...gua da lapar gila ni...

membe gua buat muka kesian kat gua
gua paling lemah skali kalo membe2 buat muka centu kat gua
muka ala2 kucing mata bersinar2 tu

gua pun terpaksa mengalah
gua curi2 bawak moto gua
bawak membe gua menuju ke lembah kesesatan

sesudah nasi kandar sedap tu dibeli
3 bungkus lak tu
gua dan membe gua trus naik ke hq kitorg kat tingkat 4 blok baru
kat kelas membe gua la senang kate

pintu dikunci rapat
gua nampak ada lagi 2 ekor makhluk durjana sedang kelaparan
dalam sekelip mate sahaja

nasi kandar da terbukak bungkusnya
air teh o ais yang masih berpeluh pun da dipasang straw

mmg tercabar iman gua time tu
tp gua jantan kental
jantan kental kena puasa

sambil membe2 gua tgh melantak
gua dengan sukarelanya menawarkan diri menjadi mata2
mengawal keadaan sekeliling supaya memembe gua tak kantoi

sambil2 dok tengah sembang kencang ngan membe gua tu
gua dapat rasekan aura gampang kat belakang gua
gua tengok memembe gua
semua macam dalam keadaan tergamam

gua alihkan kepala gua ke belakang

dem!!!!!!!!!!!!jerit ati gua

cikgu la pulak...adeh...
patut la org cakap
kalo ari tu mcm elok je
mesti akan ade sumting pelik akan jadik

cikgu gua tak berkate pape
gua mcm pelik gak
selalunye mesti la ade macam bunyi2 seperti
'hah!kamu semua tengah buat apa ni?'

atau

'hah!tak puasa...cepat kamu semua pergi ke bilik saye'

bunyi2 camtu laa
tp takde

gua tengok cikgu gua
die tgh tengok membe gua yang sorang lagi
gua tatau la ape die buat sampai cikgu gua tu bagi pandangan paling ketat gua pernah nampak seumur idup gua
gua usha la membe2 gua tu utk mendapatkan kepastian
dua org tu da berdiri tepi meja da

yg sorang lagi?

tenang je dok makan time cikgu dok ade kat depan pintu

gua sound die slow2

'cikgu weh~benti makan..'

die tgk gua

gua jeling mate gua tunjuk kat cikgu tu

die tgk cikgu tu balik

pehtu satu suara kedengaran

'ah ~ cikgu xxxx, jemput makan cikgu'




***




abes je paper gua petang tu
name gua dan 3 lagi memembe gua diseru
orang lain balik risaukan paper esoknye
kitorang?
sakit buntut...nak duduk pun sakit
membe gua yang paling otai tu?
nak makan pun sakit sebab die kene pakej
buntut ngan tangan skali


Wednesday, November 4, 2009

ceritera pasal hantu

malam tu mmg sejuk semacam
malam tu jugak gua kene qiamullail kat masjid sekolah gua dulu
tapi status gua sebagai orang yang hanya pergi ke masjid sekejap telah menghalang gua untuk tdo kat masjid pada malam tu

tepat jam 2 pagi gua chow sorg2 dari masjid
ala - ala cerita behind enemy line gua menyelit2 untuk keluar dari masjid

gua hairan
sbb gua tak nampak geng2 gua yang sehidup semati tu kat masjid
salunye gua mesti menyelit2 ngan derang
tp takpe
gua dengan tenang meneruskan perjalanan yang masih panjang tu

dalam perjalanan tu gua rasa semacam je
ati tak sedap
rase macam ada sesuatu akan berlaku je
tapi gua tabah
gua bertekad gua nak tido kat bilik gua jugak malam ni
gua tak kira
biarlah gua kena rotan esok pagi pun takpe
asalkan gua dapat tido kat katil empuk gua tu

sambil2 gua naik tangga
gua ternampak kelibat sahabat gua
kami bertegur sapa
'lu nak pegi mana bro?'

'tandas2...ceret beret da neh' balas sahabat gua tu

die mmg terkenal sebagai orang yang kuat berak
die kalo tak berak sari 4 kali mmg bukan die la tu
hantu die mebi

gua naik tangga lagi
time tu musik nasyid terngiang2 kat kepala gua

ati gua tak sedap lagi

'ape bende la aku tak sedap ati lagi neh' sambil gua sepak tin air kat koridor tu

gua nak bukak pintu dorm

terkunci...

'demit,bile mase lak dorm gua ni ade kunci?' hati kecil gua merungut

tetibe lak time tu rase seram sejuk datang menghantui gua
da la kebelakangan ni banyak je kes2 hantu menyelinap kat asrama gua ni
gua terpaksa menggunakan kekerasan untuk bukak pintu tersebut

tapi gagal...
kuat pulak pintu ni malam ni...

berbekalkan keteguhan ati gua nak tido atas katil gua malam ni
gua buat last try...

gocoh2 sket pintu tu
pintu da terbukak...hati gua berasa tenang

gua tunduk ke bawah nak parking selipar gua kat depan pintu
angkat2 kepala je
gua jd terkedu
gua menjerit
gua hempas pintu tu kuat2

baru je gua nak menyusun langkah nak berlari
gua terdengar satu suara
suara manusia
suara manusia dalam kesakitan

hantu tu berkata 'adeh..celaka tol alep ni'

gua da syak sumting
pehtu gua dengar suara ketawa
ade satu ketawa tu gua da mmg cam sangat da
gua masuk balik dorm gua

sial

gua nampak membe gua da gelak terduduk kat lantai tu
membe gua yang menyamar jadi antu tu tengah pegang muke menahan kesakitan
gua syak muke die kene ngan pintu yang gua hempas td tu

muke gua da merah padam
malu...
seb bek gua tak rase nak terberak cam membe gua td tu
kalo tak kompem bersepai

...

gua meneruskan perjalanan menuju ke tandas
nak basuh muke gua yang tercemar dengan mimik ketakutan
terkejut lebey td
abes ketat muke gua
time2 tengah basuh muke tu

'arghhh~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!hantu~~~~~~~'

'debum!!!!!!'

dem...ade membe gua terkene lagi
yang part jerit first tu gua da dapat agak da sebab pe
sbb gua pun jerit camtu gak td
tp yg bunyi debum tu gua hairan
ade lak soundtrack lebih time tu

gua berlari2 anak keluar dari tandas
gua nampak tong sampah da bersepai
gua nampak membe gua yang gua tegur kat tangga tadi tengah dalam posisi meniarap kat lantai
kain pelikat yang die pakai da terselak
seksi di situ

pastu mata gua ternampak sesuatu yang familiar
gua macam curious nak tau ape bende yg ikut dari pintu bilik gua sampai tempat membe gua jatuh tu

membe2 gua yang kat dalam bilik tu da gelak kaw2 da
pastu ade sorang menjerit

'oi alep~!!!die terberak kat depan bilik kite dowh!!!!'

'oh shit' bisik hati kecil gua