Showing posts with label gila gila orang gila. Show all posts
Showing posts with label gila gila orang gila. Show all posts

Friday, September 10, 2010

keluh kesah malam raye

pada suatu hari
ada seorang pevet sedang mengengsot di bawah rumah kampung di kampung beliau.
hasrat hati beliau adalah untuk mencuci mata beliau dengan keindahan ciptaan Allah.
setelah penat beliau mengengsot, beliau sudah tiba di port baik dimana terdapat satu lubang yang sengaja dikorek beliau semata untuk melihat ciptaan Allah itu.
sedang seronok memerhatikan ciptaan Allah itu menukar baju
tiba2 beliau terasa tangan beliau digigit oleh satu benda yang berlendir

beliau tgk tgn beliau sendiri didapati benda yang berlendir itu ialah katak

'haduiiiiii...time aku tgh skodeng ni la natang ni nak gigit aku..potong stim btul'

kemudian beliau teringat kata org tua dulu2...

'dulu mak aku cakap, kalau katak gigit, bunyi guruh baru dia lepas...apa kata aku try skang'

'siak pang!siak pang!siak siak pang!' beliau berteriak kuat berlagak membuat bunyi seperti guruh dan halilintar di langit sana

'siak siak pang!siak siak pang!siak siak pang!'beliau buat lagi

setelah beberapa ketika beliau membuat bunyi2an tersebut...

'pang!!!!!!!!!!hang buat apa kat bawah rumah aku ni!!!!!!pang2!!!!!'

ps:kisah ini kisah benar...cuma masa kejadian sahaja yang diubah

Wednesday, November 4, 2009

ceritera pasal hantu

malam tu mmg sejuk semacam
malam tu jugak gua kene qiamullail kat masjid sekolah gua dulu
tapi status gua sebagai orang yang hanya pergi ke masjid sekejap telah menghalang gua untuk tdo kat masjid pada malam tu

tepat jam 2 pagi gua chow sorg2 dari masjid
ala - ala cerita behind enemy line gua menyelit2 untuk keluar dari masjid

gua hairan
sbb gua tak nampak geng2 gua yang sehidup semati tu kat masjid
salunye gua mesti menyelit2 ngan derang
tp takpe
gua dengan tenang meneruskan perjalanan yang masih panjang tu

dalam perjalanan tu gua rasa semacam je
ati tak sedap
rase macam ada sesuatu akan berlaku je
tapi gua tabah
gua bertekad gua nak tido kat bilik gua jugak malam ni
gua tak kira
biarlah gua kena rotan esok pagi pun takpe
asalkan gua dapat tido kat katil empuk gua tu

sambil2 gua naik tangga
gua ternampak kelibat sahabat gua
kami bertegur sapa
'lu nak pegi mana bro?'

'tandas2...ceret beret da neh' balas sahabat gua tu

die mmg terkenal sebagai orang yang kuat berak
die kalo tak berak sari 4 kali mmg bukan die la tu
hantu die mebi

gua naik tangga lagi
time tu musik nasyid terngiang2 kat kepala gua

ati gua tak sedap lagi

'ape bende la aku tak sedap ati lagi neh' sambil gua sepak tin air kat koridor tu

gua nak bukak pintu dorm

terkunci...

'demit,bile mase lak dorm gua ni ade kunci?' hati kecil gua merungut

tetibe lak time tu rase seram sejuk datang menghantui gua
da la kebelakangan ni banyak je kes2 hantu menyelinap kat asrama gua ni
gua terpaksa menggunakan kekerasan untuk bukak pintu tersebut

tapi gagal...
kuat pulak pintu ni malam ni...

berbekalkan keteguhan ati gua nak tido atas katil gua malam ni
gua buat last try...

gocoh2 sket pintu tu
pintu da terbukak...hati gua berasa tenang

gua tunduk ke bawah nak parking selipar gua kat depan pintu
angkat2 kepala je
gua jd terkedu
gua menjerit
gua hempas pintu tu kuat2

baru je gua nak menyusun langkah nak berlari
gua terdengar satu suara
suara manusia
suara manusia dalam kesakitan

hantu tu berkata 'adeh..celaka tol alep ni'

gua da syak sumting
pehtu gua dengar suara ketawa
ade satu ketawa tu gua da mmg cam sangat da
gua masuk balik dorm gua

sial

gua nampak membe gua da gelak terduduk kat lantai tu
membe gua yang menyamar jadi antu tu tengah pegang muke menahan kesakitan
gua syak muke die kene ngan pintu yang gua hempas td tu

muke gua da merah padam
malu...
seb bek gua tak rase nak terberak cam membe gua td tu
kalo tak kompem bersepai

...

gua meneruskan perjalanan menuju ke tandas
nak basuh muke gua yang tercemar dengan mimik ketakutan
terkejut lebey td
abes ketat muke gua
time2 tengah basuh muke tu

'arghhh~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!hantu~~~~~~~'

'debum!!!!!!'

dem...ade membe gua terkene lagi
yang part jerit first tu gua da dapat agak da sebab pe
sbb gua pun jerit camtu gak td
tp yg bunyi debum tu gua hairan
ade lak soundtrack lebih time tu

gua berlari2 anak keluar dari tandas
gua nampak tong sampah da bersepai
gua nampak membe gua yang gua tegur kat tangga tadi tengah dalam posisi meniarap kat lantai
kain pelikat yang die pakai da terselak
seksi di situ

pastu mata gua ternampak sesuatu yang familiar
gua macam curious nak tau ape bende yg ikut dari pintu bilik gua sampai tempat membe gua jatuh tu

membe2 gua yang kat dalam bilik tu da gelak kaw2 da
pastu ade sorang menjerit

'oi alep~!!!die terberak kat depan bilik kite dowh!!!!'

'oh shit' bisik hati kecil gua

Monday, July 27, 2009

oorrah!!

letih badan memang tak hengat
peluh merembes2 membasahi bumi
bau2 yang agak bacin keluar dari tubuh ramesh
sakit badan tidak terkira
masuk kelas tidur saja
oorrah!!!!

***

aku telah menghabiskan 'summer camp' bersama rakan2 sebaya aku dengan jayanya
aku dengan jayanya mendapatkan seorang awek bernama Syarifah Aini
beliau menemani aku setiap malam
menghantui mimpi aku
menyengalkan bahu aku
menyakitkan pinggang aku
menambahkan beban aku
macam2 lagilah dia buat kat aku
tapi aku sayang kat dia
tanpa dia aku mungkin tidak dapat menamatkan 'summer camp' aku dengan jayanya
begitu juga dengan 58 rakan ku yang lain
tanpa awek2 mereka mustahil derang pun bulih habiskan jugak
aku rindu kat syarifah aini
rindu nak pikul die
rindu nak bawak die lari2
rindu nak hempas die kat bawah
rindu nak buat die jadi bantal
rindu gile weyh!
membuak2 da ni

***


cantik kan syarifah aini aku?

Sunday, July 26, 2009

......


tetibe aku tringat frasa malaysia bolehland


BMWaja 325i


WAJA EVO X

WAJA EVO 9

***

nnti aku nak beli mitsubishi evo 9
pehtu
aku nak mekap die jd proton waja
aku tak pdulik

Tuesday, July 14, 2009

peristiwa silam #1

penghujung tahun 2004...gopeng,perak...

ipoh memang penuh ngan bapok hot!
di padang polo..dekat2 area ipoh parade...dan ada satu dua tempat yang tak dapat disebutkan di sini kerana aku da lupa name tempat tu

***

pada satu malam...aku bersama2 dengan memembe matrik aku dengan berjayanya fly...
kami menuju ke ipoh dengan kereta iswara yang disewa berharga rm100 yang dipandu oleh aku disebabkan bebudak lain takde lesen lagi time tu
misi kami malam tu adalah untuk mencari dan mengenalpasti port2 bapok melepak
misi kami boleh dikatakan berjaya kerana kami dapat mencari port2 bapok dengan banyaknya
selepas penat pusing2 cari tempat bodoh tu
kami pun menuju ke kedai mamak yang aku da lupe name die
kitorang salu bershisha kat situ
sebab kat ipoh tu
tempat tu je yang kitorang tau ade shisha
berbekalkan teh o ais kegemaran aku yang da hampir 4 gelas aku minum
kitorang lepak situ sampai nak ke pagi
pada masa aku order teh o ais ke 3
kelihatan segerombolan bapok2 hot berjalan menuju ke kedai yang kami lepak2 tu

penuh lembut dan bersopan derang jalan...aku kagum...

mereka semua duduk disebelah meja yang kami lepak2
aku kedengaran suara2 lembut penuh keperempuanan mereka sewaktu mereka bersembang
salah seorang bapok tersebut order roti canai 3

mungkin bapok ni lapar gile kot...takpun penat sebab pelanggan ramai...hati kecil aku berbisik

aku pun meneruskan kerja aku iaitu melepak bersama2 memembe aku

tiba2....

burp~

kuat bunyi sendawa tu...

kami semua menutup mulut kami untuk menahan ketawa...

alhamdulillah~terkeluar suare jantan bapok tersebut

tak tahan lagi...
kami terus ketawa sekuat2nya

***

kami dapat merasakan aura pembunuhan di sekitar kami...
aku menoleh ke belakang
bapok2 terebut sedang merenung kami dengan penuh garang
muke perempuan mereka sudah bertukar menjadi muke lelaki sepenuhnya...
lalu mereka semua bangun...
kami pun bangun...

sebaik saja derang memulakan langkah pertama
kami semua cabut laju2
sebab bapok nak pukul kami


ps:jangan buat bapok marah...bahaye



kelas adalah tempat belajar

arini aku bangun awal
kol 0545h mate aku da terbukak
dengan penuh bersemangat aku menuju ke tandas bersenjatakan tuala, berus gigi yang telah diletakkan ubat gigi colgate diatas berusnya dan shower foam jenama impulse...
setelah hampir sepuluh minit aku menyiram
aku keluar dari tandas dengan perasaan penuh puas
aku menuju mengambil singlet dan boxer yang aku basuh semalam yang sedang bersidai dengan gembiranya di bawah tiupan angin kipas speed 5
setelah aku memakai singlet dan boxer aku tu
aku menuju ke loker aku untuk mengambil deodorant jenama nivea
sejuk2 ketiak aku rasa pagi td
kemudian aku menyuruh junior aku mengambil baju aku yang sudah siap diiron yang berada di ruang tamu
selepas pakai baju tersebut cepat2 aku trun bawah sebab ada baris nak g kelas
abes je baris aku pun trus berjalan menuju ke kelas dengan perasaan nak tdo makin meningkat.
setibanya di blok kelas aku
dengan yakinnya aku menuju ke kelas untuk mencukupkan masa tidur aku
waktu tu hanya ada 3 orang je dalam kelas tu
semua da siap landing berbantalkan beg
aku bersiap2 untuk tdo
beg telah di parking dengan baik
earphone sudah dipasang di handphone james bond aku
lagu tdo juga telah dipasang
aku tdo...

***

aku terdengar suara2 yang mengatakan pensyarah da masuk
aku pun bangun dengan tenangnya
sambil aku melihat keadaan sekeliling
tiba2 aku merasakan bahawa ada satu benda yang tak kena dalam kelas ni
aku toleh ke kiri
aku dapat lihat singh
aku toleh ke kanan
aku nampak ulin
aku toleh ke depan
aku nampak pensyarah statistik aku
lalu aku terdiam
hati aku berbisik

bukan time ni kelas lain ke?hurm~

lalu aku pun menoleh kedepan, kekiri dan kekanan untuk mengenalpasti keadaan yang aku sedang hadapi ni
semua sedang melihat aku dengan penuh hairan
otak aku mengatakan sesuatu

ni macam kelas tmt2 je ni...hurm lagi~

aku lihat pensyarah aku tu macam terkejut je tengok aku
kawan2 aku yang lain sume da stat tergelak2 da

sah!aku da salah kelas..cis2!!

aku bingkas bangun dengan malu2 kucing
pensyarah tersebut memeluk buku
dengan muka yang masih tergamam
aku pun meminta diri dengan penuh sopan santun
aku cakap aku salah tempat
lalu die pun macam angguk2
aku pun keluar dengan tenang
walhal dalam hati penuh malu tak terkata

pagi2 da buat mende bodoh
aku senyum sumbing kejap
malu2

***

ps:pastikan dimana kelas anda dahulu sebelum anda tidur dalam kelas

Saturday, November 22, 2008

bila rasa gembira tepuk tangan!

hehehehehehehehehehe
aku gumbira lebey arini
hehehehehehehehehehe

ps:nape ye????

Wednesday, November 12, 2008

zoom 100 perisa oren sangat sedap

tajuk seperti yang diatas adalah sejenis air...kegilaan aku pada masa kini setelah air zappel da macam nak2 pupus da...susah btul nak cari zappel...haish

nape entah makin tue ni makin susah nak cari menda2 yang dahulu kalanya time aku muda2 masih kurus gitu cukup senang nak cari kat kedai apek tikam 2kupang tu...

contoh barang2 yang aku rasa susah nak cari skang ni:

1. kek hiro
2. tikam 2kupang tu
3. aku lupe name biskut kaler kuning yang plastik die panjang tu...teruja aku dulu makan benda tu..

tu je kot yang aku ingat lagi..aku ni kan ade short term memory sket...makin tue makin short...aku rindu zaman aku kena kejar ngan lembu...aku rindu zaman aku kene rotan ngan bapak aku sebab turun sawah tak bgtau n umah aku bersepah dengan selut2...aku rindu tgk membe aku nak wheeley motor dia tp jatuh dalam sungai...aku rindu semua tu!

ps:pokoknya aku nak jd muda balik...sekian

Thursday, November 6, 2008

bila rasa riak dan takbur serta bakhil menguasai diri

jangan gunakan pandangan sinis atau mengangkat kening sebelah seperti the rock selalu buat bila anda rasa anda mahu memandang rendah orang lain kerna itu adalah cara orang2 tua zaman dahulu...tak up to date..

berikut adalah cara2 yang telah dikemaskinikan untuk kegunaan remaja2 zaman sekarang

cara2 untuk memandang rendah manusia2 lain pada zaman moden:

1. dongak kepala anda sambil memandang langit untuk menunjukkan anda seorang yang hebat

2. cakap la apa yang perlu dicakap untuk menunjukkan bahawa anda sedang memandang rendah manusia itu

3. lebih berkesan dengan menggunakan perkataan memuji diri sendiri dan yang sebaliknya kepada orang yang hendak dipandang rendah itu seperti ,

"aku hensem...aku mane layak berjalan dengan orang yang tak hensem macam kau ni...menjatuhkan taraf kehenseman aku je"sambil kepala mendongak ke langit

........

nescaya orang yang kena ayat itu akan terasa bahawa dirinya sedang dipandang rendah oleh anda...selamat mencuba

ps:penulis tidak bertanggungjawab atas side effect yang akan diterima oleh pengguna petua ini seperti tapak kaki diperut mu etc etc...segala perbuatan adalah dibawah tanggungjawab sendiri...

Wednesday, November 5, 2008

ye2...aku baru tau apa yang aku nak!

aku perlukan sesuatu...
aku perlukan udara2 segar dari luar tempat aku ni...
aku perlukan hiburan...
aku rasa macam nak pegi st james powerstation...
tp natang tu lak kat singapore...
aku perlukan anjakan paradigma...
untuk membolehkan aku ke sana...
mari kawan2~~~

ps:kepada tuan punya berita st james tu...jum je kite pegi...hehehehehe

Tuesday, October 21, 2008

rempit beca

salah satu kenderaan yang amat hot satu ketika dahulu
untuk orang2 seperti datuk aku yang nak ngurat nenek aku
beca adalah barang yang perlu ada bg sesiapa yang mempunyai hasrat untuk menggatal dengan anak dara pingitan di kampung masing2
berbeca2 sekeliling kampung berserta iringan lagu p.ramlee
fuh2
romantis abes
tanpa beca mungkin aku tak lahir kot kat dunia ni
tapi pada zaman yang serba moden ni...
beca seperti telah disalahgunakan...
berlaku kekejaman terhadap penggunaan beca




beca digunakan untuk merempit?
heh?

beca anyone??

ps:penulis terlampau teruja merempit dengan beca.so berlaku ekspresi muka yang berlebihan.harap maaf

Monday, October 20, 2008

mengimbau kenangan silam

aku tgk2 balik gamba2 lama time kat matrik dulu
pehtu terjumpa gambar ni

tetiba perasaan rindu menusuk kalbu
teringat kenangan manis semasa kami bersama
men game dalam kelas bagai tiada esoknya
antar virus kat sesape yg bukak bluetooth
isk...
banyak lagi la kenangan indah aku ngan henpon ni yang tak dapat aku karang kat sini
henpon ku(ujung bawah kiri) telah dilarikan oleh orang lain
henponku curang
dia lari dengan laki lain
apa boleh buat...
aku tak cukup baik untuknya
aku pasrah
aku rela dia pergi meninggalkan aku
mungkin itu yang terbaik untuknya
;p



Friday, October 17, 2008

apabila aku dalam mode hipertensi atau kebosanan


disaat aku suka
dia ada
disaat aku berduka
dia ada jugak
bila la dia nak ilang?
haih...


ps:amaran dari aku,merokok membahayakan wallet anda


Thursday, October 9, 2008

pada suatu ari....

dalam keadaan aku terbaring...tetibe aku teringat kesah2 zaman aku skolah dulu...kesah ini berlaku kalo tak silap aku time aku form 4...setelah aku ditendang keluar oleh sekolah agama disebabkan kebangangan aku mendalami ilmu bahasa arab(aku benci bahasa arab, aku heran cane org lain boleh terer nak mampus sampai boleh cakap bahasa arab macam air coke yang mengalir masuk dalam tekak aku)...aku dimasukkan ke sekolah dato' sheikh ahmad yang sampai ke ari ni aku iktirafkan sebagai sekolah paling best aku penah masuk...hehehe...alkisahnya ada la satu ari ni...segerombolan perokok2 tegar sekolah aku dalam perjalanan menuju ke tempat suci bagi para perokok di sekolah aku iaitu di tandas paling hujung di blok kelas yang paling nun jauh di sana dalam halaman sekolah aku tu...setibanya di tandas...masing2 mengeluarkan senjata masing2 iaitu sebatang rokok dan pemetik api yang hanya seorang saja yang bawak...yang len semua kecut perut nak bawak...takut2 kalo azizan(cikgu disiplin) cek kang kantoi bagai nangka busuk yang jatuh ke tanah...dengan penuh bergaya masing2 menyalakan rokok masing2.

"ramai pulak geng kita isap rokok arini eh??"salah seorang memberku bersuara

"tu pasal...mau kantoi ni naya sekoq2"seorang lagi bersuara dalam loghat negeri aku

yang lain hanya mampu ketawa seperti orang2 kaya ketawa...tak mampu membalas apa yang diperkatakan oleh memberku yang seorang tu...lalu sesi menghisap rokok berjalan dengan penuh nikmatnya...muke masing2 penuh kool menyedut dan menghembus asap rokok bagai berada di syurga...dalam keadaan penuh kenikmatan tu...tiba2 terdengar bunyi tapak kaki yang sememangnya digeruni oleh para2 perokok tegar seperti kami...sangkaan kami tepat..sergahan azizan bagai guruh halilintar yang merentap sanubari kami...dengan pantas kami membuang rokok tu...tapi apakan daya...takdir penentu segalanya...belum sempat kami buang jauh2...azizan sudah berada di depan pintu tempat suci kami...yang mampu kami buat dalam masa sesingkat itu adalah sekadar menjatuhkan rokok yang berada di jari2 tough kami dan yang malangnya semua rokok jatuh berdekatan kaki masing2...haih...apelah nasib

"angpa semua isap rokok kat sini kan!!??"penuh amarah beliau menanyakan soalan itu.

"manada cikgu..kami tak pegang rokok pun.."padahal rokok sume kat tepi kaki masing2..buat pengetahuan semua...sekolah aku lagi tak dapat tangkap perokok yang mempunyai rokok kat tangan...lagi tu tak bersalah...

"hah!ang mat!ang jangan cuba nak bohong aku..time aku kat pintu ni aku nampak ang dok pegang rokok"mat dalam cite ni sudah meninggal dunia..alfatihah untuk mat...

'ish...manada cikgu!saya dok rilek pisang kat sini ja" penuh semangat mat menjawab...

padahal time tu asap berkepul2 macam awan da kat tandas tu...api rokok pun dok bernyala lagi kat tepi kaki masing...haih...sian cikgu tu...dia takleh nak tangkap kami yang sembilan orang lagi ni...mat sorang je yang kantoi...kami masing2 berdukacita diatas kekantoian mat...aku kekadang heran ngan mat ni...kalo ade 20 orang dalam tandas tu isap rokok...macam mana skali pun...mesti dia sorang ja yang kantoi...kalo dok isap rokok sensorang pun...kantoi gak...pelik aku ngan nasib mat tu...

setelah pertengkaran mulut yang berlaku antara azizan dengan mat selesai...azizan menuju ke mat lalu merangkul lengan mat dengan penuh manja untuk dibawa ke muka pengadilan...kitorang masing2 tunduk penuh dukacita walhal dalam ati masing2 lega tak kena cekup...bahaya wooo...silap aribulan nampak lak muka mak aku datang skolah pehtu dok mintak maap kat azizan tu...time balik rumah pulak...paham2 je laa...ada DON tengah tunggu dengan penuh rakus kat umah tu...takleh kantoi...risikonya terlampau tinggi...tak sanggup untuk aku hadapinya...

mata kami masing2 melihat mat dibawa pergi oleh azizan ke biliknya untuk dirotan ntah keberapa kalinya aku da lost count...dulu rajin la dok ingat brapa budak ni kena rotan apa suma tu...apabila masing2 telah pasti yang azizan telah hilang dari pandangan...kami keluar dari tempat suci tu dengan penuh keinsafan, berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan terlarang tu kat tempat tu lagi...kami harus pantas bertindak mencari tempat suci yang baru...keluar2 je dari pintu tandas tu...kelihatan budak2 junior yang aku rasa suma yang kat blok tu berkumpul kat depan tandas tu...aku toleh ke belakang...lalu aku terlihat asap2 yang terhasil dari senjata kami sepoi2 bahase keluar dari pintu tandas tu...mmg macam tandas terbakar aku tengok...memang peparu jin member2 aku nih...

"hah!apa lagi...tepok laa!!!"memberku suruh budak2 junior tepuk tangan untuk meraikan ketidakkantoian kami tu.

dengan penuh bangga kami berjalan melepasi himpunan2 manusia yang bersesak2 di depan tandas untuk melihat aksi azizan...aku pulak dok terpikir...kematu pulak la buntut mat kene rotan...saba je la mat...da nasib hang...;P

ps:alfatihah untuk arwah ahmad nasrul...tanpa beliau tiadalah cerita ini...alfatihah