Monday, July 27, 2009

oorrah!!

letih badan memang tak hengat
peluh merembes2 membasahi bumi
bau2 yang agak bacin keluar dari tubuh ramesh
sakit badan tidak terkira
masuk kelas tidur saja
oorrah!!!!

***

aku telah menghabiskan 'summer camp' bersama rakan2 sebaya aku dengan jayanya
aku dengan jayanya mendapatkan seorang awek bernama Syarifah Aini
beliau menemani aku setiap malam
menghantui mimpi aku
menyengalkan bahu aku
menyakitkan pinggang aku
menambahkan beban aku
macam2 lagilah dia buat kat aku
tapi aku sayang kat dia
tanpa dia aku mungkin tidak dapat menamatkan 'summer camp' aku dengan jayanya
begitu juga dengan 58 rakan ku yang lain
tanpa awek2 mereka mustahil derang pun bulih habiskan jugak
aku rindu kat syarifah aini
rindu nak pikul die
rindu nak bawak die lari2
rindu nak hempas die kat bawah
rindu nak buat die jadi bantal
rindu gile weyh!
membuak2 da ni

***


cantik kan syarifah aini aku?

Sunday, July 26, 2009

......


tetibe aku tringat frasa malaysia bolehland


BMWaja 325i


WAJA EVO X

WAJA EVO 9

***

nnti aku nak beli mitsubishi evo 9
pehtu
aku nak mekap die jd proton waja
aku tak pdulik

Tuesday, July 14, 2009

peristiwa silam #1

penghujung tahun 2004...gopeng,perak...

ipoh memang penuh ngan bapok hot!
di padang polo..dekat2 area ipoh parade...dan ada satu dua tempat yang tak dapat disebutkan di sini kerana aku da lupa name tempat tu

***

pada satu malam...aku bersama2 dengan memembe matrik aku dengan berjayanya fly...
kami menuju ke ipoh dengan kereta iswara yang disewa berharga rm100 yang dipandu oleh aku disebabkan bebudak lain takde lesen lagi time tu
misi kami malam tu adalah untuk mencari dan mengenalpasti port2 bapok melepak
misi kami boleh dikatakan berjaya kerana kami dapat mencari port2 bapok dengan banyaknya
selepas penat pusing2 cari tempat bodoh tu
kami pun menuju ke kedai mamak yang aku da lupe name die
kitorang salu bershisha kat situ
sebab kat ipoh tu
tempat tu je yang kitorang tau ade shisha
berbekalkan teh o ais kegemaran aku yang da hampir 4 gelas aku minum
kitorang lepak situ sampai nak ke pagi
pada masa aku order teh o ais ke 3
kelihatan segerombolan bapok2 hot berjalan menuju ke kedai yang kami lepak2 tu

penuh lembut dan bersopan derang jalan...aku kagum...

mereka semua duduk disebelah meja yang kami lepak2
aku kedengaran suara2 lembut penuh keperempuanan mereka sewaktu mereka bersembang
salah seorang bapok tersebut order roti canai 3

mungkin bapok ni lapar gile kot...takpun penat sebab pelanggan ramai...hati kecil aku berbisik

aku pun meneruskan kerja aku iaitu melepak bersama2 memembe aku

tiba2....

burp~

kuat bunyi sendawa tu...

kami semua menutup mulut kami untuk menahan ketawa...

alhamdulillah~terkeluar suare jantan bapok tersebut

tak tahan lagi...
kami terus ketawa sekuat2nya

***

kami dapat merasakan aura pembunuhan di sekitar kami...
aku menoleh ke belakang
bapok2 terebut sedang merenung kami dengan penuh garang
muke perempuan mereka sudah bertukar menjadi muke lelaki sepenuhnya...
lalu mereka semua bangun...
kami pun bangun...

sebaik saja derang memulakan langkah pertama
kami semua cabut laju2
sebab bapok nak pukul kami


ps:jangan buat bapok marah...bahaye



kelas adalah tempat belajar

arini aku bangun awal
kol 0545h mate aku da terbukak
dengan penuh bersemangat aku menuju ke tandas bersenjatakan tuala, berus gigi yang telah diletakkan ubat gigi colgate diatas berusnya dan shower foam jenama impulse...
setelah hampir sepuluh minit aku menyiram
aku keluar dari tandas dengan perasaan penuh puas
aku menuju mengambil singlet dan boxer yang aku basuh semalam yang sedang bersidai dengan gembiranya di bawah tiupan angin kipas speed 5
setelah aku memakai singlet dan boxer aku tu
aku menuju ke loker aku untuk mengambil deodorant jenama nivea
sejuk2 ketiak aku rasa pagi td
kemudian aku menyuruh junior aku mengambil baju aku yang sudah siap diiron yang berada di ruang tamu
selepas pakai baju tersebut cepat2 aku trun bawah sebab ada baris nak g kelas
abes je baris aku pun trus berjalan menuju ke kelas dengan perasaan nak tdo makin meningkat.
setibanya di blok kelas aku
dengan yakinnya aku menuju ke kelas untuk mencukupkan masa tidur aku
waktu tu hanya ada 3 orang je dalam kelas tu
semua da siap landing berbantalkan beg
aku bersiap2 untuk tdo
beg telah di parking dengan baik
earphone sudah dipasang di handphone james bond aku
lagu tdo juga telah dipasang
aku tdo...

***

aku terdengar suara2 yang mengatakan pensyarah da masuk
aku pun bangun dengan tenangnya
sambil aku melihat keadaan sekeliling
tiba2 aku merasakan bahawa ada satu benda yang tak kena dalam kelas ni
aku toleh ke kiri
aku dapat lihat singh
aku toleh ke kanan
aku nampak ulin
aku toleh ke depan
aku nampak pensyarah statistik aku
lalu aku terdiam
hati aku berbisik

bukan time ni kelas lain ke?hurm~

lalu aku pun menoleh kedepan, kekiri dan kekanan untuk mengenalpasti keadaan yang aku sedang hadapi ni
semua sedang melihat aku dengan penuh hairan
otak aku mengatakan sesuatu

ni macam kelas tmt2 je ni...hurm lagi~

aku lihat pensyarah aku tu macam terkejut je tengok aku
kawan2 aku yang lain sume da stat tergelak2 da

sah!aku da salah kelas..cis2!!

aku bingkas bangun dengan malu2 kucing
pensyarah tersebut memeluk buku
dengan muka yang masih tergamam
aku pun meminta diri dengan penuh sopan santun
aku cakap aku salah tempat
lalu die pun macam angguk2
aku pun keluar dengan tenang
walhal dalam hati penuh malu tak terkata

pagi2 da buat mende bodoh
aku senyum sumbing kejap
malu2

***

ps:pastikan dimana kelas anda dahulu sebelum anda tidur dalam kelas

Friday, July 3, 2009

sepandai - pandai tupai melompat

aku tatau kenapa
semenjak dua menjak ni
kalo macam kepala aku serabut
die mesti akan efek ke badan aku jugak
badan aku rase macacm lemah longlai je
mungkin sebab lemah semangat kot

***

baru2 ni lak terjadi satu kisah yang menggemparkan seluruh warga kelas aku
kami ni da abes selamat da dari ancaman dunia
tetapi disebabkan oleh seseorang antara kami terkantoi
maka satu kelas terkena tempias2nya
yang seronoknya
semua jadi tak kesah apa yang akan berlaku selepas ini
kalo kene buang pun buang la
semua da pasrah yang amat da
pandai buat pandai tanggung la kan?
hehehe
mak aku tersenyum je tengok aku kat umah ni
cool semacam je walopon terdapat riak2 muke gelisah terpapar kat muke aku ni
mungkin die paham kot
dan aku suka
sebab aku tak payah nak sembunyi apa2 dari dia
mak aku mmg cool
disebabkan faktor genetik
ke'cool'an mak aku telah diperturunkan dekat aku dengan cemerlang sekali
dan aku suka lagi
***

tengok je la ape jadi pasni ye kawan2?
semoga kite semua selamat dari ancaman dunia...
amin~