Showing posts with label vendetta. Show all posts
Showing posts with label vendetta. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

cikgu...cikgu

time2 gua tengah stadi untuk final isnin ni...gua pikir balik ape yang gua achieve sepanjang hidup gua selama 23 taun ni...dan gua kecewa...sebab gua rasa macam takde bende yang gua boleh banggakan selama gua bernafa kat muka bumi ni...gua hanya mengikut sistem yang di suap kepada gua...sama seperti rakan2 gua yang lain...apa yang gua buat selama ni hanyalah seperti mengikut buku manual seperti yang lu orang dapat bila beli laptop dan gadget2 yang agak memeningkan kepala sendiri...lu bukak mukasurat 1...lu akan dapat arahan buat macam ni...dan yang selebihnya lu paham2 sendiri laa...

apa yang gua maksudkan ialah...bila lu berumur 5 taun lu kene masuk tadika...umur 7 taun masuk sekolah rendah...dan bila umur lu 13 taun lu masuk sekolah menengah lak...lepas je sekolah menengah baru la lu akan dapat pilihan...samada lu nak amik diploma, tingkatan 6, matrikulasi atau sijil2 dan sebagainya macam sijil, kolej komuniti etc2...pastu lu akan amik degree,master dan phd...semua ni da macam diprogramkan kepada kita semua...nak tak nak kita kene ikut jugak sebab kita asyik kene ugut samada lu sedar atau tak dari kecik lagi...

'lu kene belajar rajin2...baru dapat kerja elok2...'bak kata cikgu tadika gua dulu

tapi sekarang gua macam kene tipu bulat2 ngan cikgu tadika gua...dia tipu...kalo lu tak belajar elok2 pun lu boleh dapat kerja yang bagus...jangan percaya cikgu tadika...diorang tipu...cakap kat adik2 korang sume...selepas 18 taun baru gua sedar...jangan biarkan adik2 lu tertipu macam gua

Wednesday, March 17, 2010

bila lecturer bersuara

satu pagi yang hening...
tempat yang gua selalu duduk dah macam takde orang da
da ramai blah da dari tempat ni
gua g duduk belakang awek2
wangi
baru gua ade semangat nak belajar

***

pensil picit ditangan sudah tersedia
buku sudah terbuka
gua dengar lecturer gua berkata-kata

'hah!mane sume orang yang kat atas tu?sume da tanak datang kelas da?sume da malas da?
ni mesti sebab alif ni...bawak virus tanak datang kelas kat budak-budak ni!' separa menjerit lecturer gua membebel

gua jd jem
gua angkat tangan
gua bersuara

'cikgu!sy ade kat sini ah!tak nampak ke~???' sambil mate gua kenyit2 kat beliau

'oh...ingatkan kamu takde...bukan kamu salu duduk kat belakang ke?' merah padam muke lecturer gua menahan malu sebab tuduhan liar tak berjaye

satu kelas gua ketawa berdekah-dekah macam esok nak kiamat.

***

kelas tu da dekat setengah sem da start
gua baru skali datang
nasib gua baik

Sunday, November 1, 2009

masa sekolah dulu dulu

watak utama dalam cite ni adalah sorg pakgad
name pakgad ni terpaksa dirahsiekan
pakgad dikenali sebagai kamikup dikalangan kami semua
kenapa kamikup?

p***mak apabila diterbalikkan

kenapa p***mak?

sbb die suke melatah
pantang cuit sket terkeluar la natang tu

beliau sangat garang orangnya
sekali pandang mmg terkincit
kenapa?

die bute sebelah mate

due kali pandang?
die mmg p***mak

grup2 gua menubuhkan fahaman 'kami anti kamikup'
tapi di boo layan oleh pihak sekolah
so kami memberontak

kami tak suke die
kenapa?
sbb die cukup suke kantoikan bebudak sekolah aku ni
mende feveret die kantoikan budak fly
die tunggu depan pagar kitorang potong tu
time kepala menerjah masuk lubang tu je

hah!

dalam ati 'eh eh eh~gampang sungguh org tue ni'
terkeluar suare pompuan sket time tu
demit
terkejut weh
malam2 bute disamping aliran adrenalin yang tinggi menambahkan lagi ketakutan gua waktu tu
fly kan
mesti la neves

terus tangan gua kene tarik
rakan sehidup semati sekatil gua?
lari entah kemana
gua mempersoalkan semangat esprit de corp diorang
gua rasa dikhianati
kantoi sorang2
memang damn laa

keesokan pagi
name gua kene panggil time perhimpunan
dalam ati

'dem sungguh' sambil warm up buntut
japgi nak kene sebat

dengan kool je gua naik atas pentas
pengetua senyum
sambil ade 3 batang rotan kat sebelah die
die suh gua pilih
gua kate nak amik yang tengah2
sbb islam ajar kite bersederhana dalam segala hal
so gua gunakan konsep tu dalam pemilihan rotan
tanak yg kecik sangat
tanak yang besar sangat

piapppppp!

adeh....
gua buat muke cam sakit skit je
walhal sakit tak hengat
ego beb
malu la tunjuk muke sakit lebey2 depan dak2 skolah
jatuh saham ngan awek2 skolah
pehtu ngan muke kool abes
gua turun pentas ngan langkah penuh bergaya
dendam kesumat gua membara kat kamikup
gua bersumpah gua akan menyusahkan idup die pasni

malam tu jugak

gua membuat plot2 untuk menyusahkan kamikup
bersama rakan2 gua yang telah mengkhianati gua malam tu

tang!tang!tang!
bunyi pinggan diketuk berbunyi
sambil nama kamikup dilaungkan
selepas itu kedengaran bunyi moto ex5 buruk die menuju ke arah kitorg

kalo org lain mesti da lari
tp gua dan rakan2 gua adalah orang yang lain dari yang lain
kitorg tunggu sampai die datang
nampak je die dekat pagar asrama tu
trus cabut ngan sepantas angin menuju ke bilik
kamikup dengan bersemangat cari sape la yg dok buat mende bodoh tu
kitorg yg kat atas tu gelak2kan die sambil cakap

'kamikup~!!!!!!ko mmg bodoh la~!!!!'

die pandang
kami sembunyi

die naik tangga nak ke bilik kitorang
kitorang lari

die sampai kat bilik kitorang
kitorang da kat moto die

die tengok bawah
moto die da dibawak lari

die menjerit
kami lari lagi

die turun ke tangga
moto die da dalam longkang

keesokan harinya
pengetua berucap

'sape yang kacau pakgad kamu semalam?'

diam~

'okeh...takde oting sampai org ngaku'

da bising sket

tup tup
minggu depan oting gak

kamikup?
menangis tgk bil moto anta kedai
sambil nyumpah2 budak sekolah aku

Friday, July 3, 2009

sepandai - pandai tupai melompat

aku tatau kenapa
semenjak dua menjak ni
kalo macam kepala aku serabut
die mesti akan efek ke badan aku jugak
badan aku rase macacm lemah longlai je
mungkin sebab lemah semangat kot

***

baru2 ni lak terjadi satu kisah yang menggemparkan seluruh warga kelas aku
kami ni da abes selamat da dari ancaman dunia
tetapi disebabkan oleh seseorang antara kami terkantoi
maka satu kelas terkena tempias2nya
yang seronoknya
semua jadi tak kesah apa yang akan berlaku selepas ini
kalo kene buang pun buang la
semua da pasrah yang amat da
pandai buat pandai tanggung la kan?
hehehe
mak aku tersenyum je tengok aku kat umah ni
cool semacam je walopon terdapat riak2 muke gelisah terpapar kat muke aku ni
mungkin die paham kot
dan aku suka
sebab aku tak payah nak sembunyi apa2 dari dia
mak aku mmg cool
disebabkan faktor genetik
ke'cool'an mak aku telah diperturunkan dekat aku dengan cemerlang sekali
dan aku suka lagi
***

tengok je la ape jadi pasni ye kawan2?
semoga kite semua selamat dari ancaman dunia...
amin~

Saturday, June 20, 2009

kita memang diciptakan untuk lupa

***
akan ada orang yang akan menyangkal penyataan di atas
aku sendiri pun kadang2 tidak berapa setuju dengan penyataan tersebut
tapi apabila difikirkan kembali
ada hikmahnya jugak kita ni diciptakan dengan sifat lupa
mungkin ada antara kita yang tidak menyedari akan hikmah lupa ini
cuba bayangkan jika kita mengingat sesuatu yang sudah lama kita tinggalkan
tidak semestinya benda yang kita ingat tu semuanya baik2 belaka
ada juga antara benda2 yang jika kita ingat itu akan mendatangkan mudarat kepada kita
trauma
hidup dalam ketakutan
aku selalu teringat kata2 rakan seperjuangan aku yang sering mengutuk perkara2 yang dibuat oleh orang2 lama
apabila beliau berada dibawah
tetapi
bila beliau berada di tempat atas?
bagaimana pula?
sama sahaja
tiada apa yang berubah
perkara tersebut hanya akan terus berulang
tiada kesudahan
selagi tiada orang yang akan mengubah kesilapan tersebut
itulah yang selalu terjadi dalam kehidupan seharian aku
aku dikelilingi oleh orang2 seperti itu
bukan aku tak mau ubah apa yang berlaku
cuma aku rasakan yang aku memang tidak mempunyai ciri2 yang diperlukan untuk menjadi seperti seseorang itu
aku hanya suka memerhatikan keadaan yang berlaku
ramai yang aku nampak mampu menjadi seseorang itu
tetapi mereka aku lihat seperti ditindas
tidak disokong
sering diperlekehkan dengan idea2 yang mereka curahkan
***
sampai bile ye?

Thursday, September 18, 2008

The Idea

Guy Fawkes,
the man behind the gunpowder treason in England
in 1605, he attempted to blow up the Houses of Parliament
but who was he really?
what was he like?
we are told to remember the idea and not the man
because a man can fail
he can be caught, he can be killed and forgotten
but 400 years later..
an idea can still change the world
some of us have witnessed firsthand the power of ideas
we've seen people kill in the name of them..
and die defending them
but you cannot kiss an idea
cannot touch it or hold it
ideas do not bleed
they do not feel pain
they do not love
and it is not an idea that we miss
it is a man
a man that make us remember the 5th of November
a man that we shall never forget

Tuesday, September 16, 2008

5th of November

remember, remember the 5th of November
the gunpowder treason and plot
i know of no reason why the gunpowder treason should ever be forgot