Tuesday, July 14, 2009

kelas adalah tempat belajar

arini aku bangun awal
kol 0545h mate aku da terbukak
dengan penuh bersemangat aku menuju ke tandas bersenjatakan tuala, berus gigi yang telah diletakkan ubat gigi colgate diatas berusnya dan shower foam jenama impulse...
setelah hampir sepuluh minit aku menyiram
aku keluar dari tandas dengan perasaan penuh puas
aku menuju mengambil singlet dan boxer yang aku basuh semalam yang sedang bersidai dengan gembiranya di bawah tiupan angin kipas speed 5
setelah aku memakai singlet dan boxer aku tu
aku menuju ke loker aku untuk mengambil deodorant jenama nivea
sejuk2 ketiak aku rasa pagi td
kemudian aku menyuruh junior aku mengambil baju aku yang sudah siap diiron yang berada di ruang tamu
selepas pakai baju tersebut cepat2 aku trun bawah sebab ada baris nak g kelas
abes je baris aku pun trus berjalan menuju ke kelas dengan perasaan nak tdo makin meningkat.
setibanya di blok kelas aku
dengan yakinnya aku menuju ke kelas untuk mencukupkan masa tidur aku
waktu tu hanya ada 3 orang je dalam kelas tu
semua da siap landing berbantalkan beg
aku bersiap2 untuk tdo
beg telah di parking dengan baik
earphone sudah dipasang di handphone james bond aku
lagu tdo juga telah dipasang
aku tdo...

***

aku terdengar suara2 yang mengatakan pensyarah da masuk
aku pun bangun dengan tenangnya
sambil aku melihat keadaan sekeliling
tiba2 aku merasakan bahawa ada satu benda yang tak kena dalam kelas ni
aku toleh ke kiri
aku dapat lihat singh
aku toleh ke kanan
aku nampak ulin
aku toleh ke depan
aku nampak pensyarah statistik aku
lalu aku terdiam
hati aku berbisik

bukan time ni kelas lain ke?hurm~

lalu aku pun menoleh kedepan, kekiri dan kekanan untuk mengenalpasti keadaan yang aku sedang hadapi ni
semua sedang melihat aku dengan penuh hairan
otak aku mengatakan sesuatu

ni macam kelas tmt2 je ni...hurm lagi~

aku lihat pensyarah aku tu macam terkejut je tengok aku
kawan2 aku yang lain sume da stat tergelak2 da

sah!aku da salah kelas..cis2!!

aku bingkas bangun dengan malu2 kucing
pensyarah tersebut memeluk buku
dengan muka yang masih tergamam
aku pun meminta diri dengan penuh sopan santun
aku cakap aku salah tempat
lalu die pun macam angguk2
aku pun keluar dengan tenang
walhal dalam hati penuh malu tak terkata

pagi2 da buat mende bodoh
aku senyum sumbing kejap
malu2

***

ps:pastikan dimana kelas anda dahulu sebelum anda tidur dalam kelas

1 comment:

Anonymous said...

dan2 watak ak ade skali dlm cite nih....tp aku igt lagik kejadian nih...haha
mmg lawak gile tyme tuh..hihi