Monday, October 6, 2008

orang2 genius dan orang2 kebanyakan

kekadang aku terpikir macam mane seseorang itu boleh mencipta sebuah masterpiece yang boleh mengaitkan hasil seni diorang dengan orang lain...contoh paling senang melalui lagu...maybe die tu just cipta lagu tu sebagai apa orang kata luahan hati kecil beliau...tp bila lagu tu sampai kat pendengar macam kite ni...tetibe ati kecil kite ni berbisik..."eh..lagu ni macam luahan ati aku yang tengah berduke je ni"...kite dapat rasa apa yang pencipta lagu tu nak sampaikan...and somehow kita boleh rasa yang "isk...ni la yang aku nak kate"...tapi tah macam mane mende yang kita kata nak kata tu tak terkeluar or at the very least menghampiri maksud2 yang nak disampaikan tapi tak setepat seperti apa yang lagu tu sampaikan...agaknya tu la kot bezanya antara orang2 seperti aku ni yang buta seni,buta nak buat lagu dengan seseorang yang boleh buat lagu yang best tu...diorang dikurniakan bakat yang diberi oleh Allah s.w.t yang tak dikurniakan untuk orang2 seperti aku ni...aku kagum ngan apa yang diorang boleh buat...cipta melodi dan lirik2 yang indah untuk santapan orang2 biasa macam aku ni...lagu2 diorang seperti extension untuk kata hati orang2 seperti aku yang sememangnya tak mempunyai bakat untuk menyusun dan menggubal ayat2 dan melodi yang indah...hahaha...aku mengaku...aku mmg sucks dalam bab2 seni ni...tapi aku appreciate dan aku kagum ngan apa yang diorang cipta sebab aku memang tak boleh buat macam yang diorang buat...ade jurang antara orang yang bekerja keras untuk mencapai sesuatu dengan orang yang mempunyai kegeniusan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t...rata2 aku tengok orang yang hardworking ni akan sampai satu masa he will reach his very own limit dan orang yang mempunyai bakat akan push this limit to a point that can't be reach by the ordinary people like me...contoh paling senang aku amik dari cite iron man...Tony Stark..genius dalam pembikinan senjata...macam mana dia boleh cipta satu reaktor yang kecil kat dada dia tu walhal yang dekat kilang dia tu sebesar bangunan???dan dia boleh buat mende tu dalam gua dengan peralatan yang terhad???tapi bila bapak sedara dia yang macam Goldberg tu suruh sekumpulan engineer2 terbaik dalam Stark Industries untuk cipta apa yang Stark cipta dalam gua tu...diorang tak boleh buat...siap diorang cakap yang teknologi ni masih tak wujud...Stark saje yang tau...lagi satu...macam dala crite August Rush tu...cane die boleh dapat ilham untuk compose lagu August Rush tu???padahal die tu budak kecik yang sebelum ni tak pernah tau dan tak pernah main alat muzik langsung...orang lain main gitar strumming...die tepuk je tali gitar tu tapi bunyi yang terhasil sedap nak mampus...fuh2...jauh btul beza orang genius ngan orang biase kan???kagum aku...tapi dalam dunia realiti ni aku tatau la sama ada jurang yang sebegitu besar wujud...but still the gap between ordinary and genius masih wujud...ye2...adakalanya timbul jugak perasaan dengki dgn orang genius dan ada bakat ni...tapi perasaan tu kejap je la sebab aku pikir yang die mungkin hebat dan genius dalam sesuatu tapi die mesti akan sucks dalam mende lain...takde makhluk bernama manusia dalam dunia yang kecik dan makin panas ni sempurna...so orang2 yang biasa macam aku ni boleh berbangga ngan apa yang aku terer buat sebab mungkin orang2 genius ni takleh buat seterer yang aku buat...hehehe...nak jugak bangge...

ps:penulis dalam mode pemikiran bersepah2 disebabkan kekurangan zat nikotin dan tar...harap maaf atas kesalahan tatabahasa dan ayat yang bersepah serta maksud yang tak dapat disampaikan dengan baik...aku orang biasa je...takde BAKAT nak tulis macam orang yang dikurniakan BAKAT...;p

1 comment:

maelbest said...

" so orang2 yang biasa macam aku ni boleh berbangga ngan apa yang aku terer buat sebab mungkin orang2 genius ni takleh buat seterer yang aku buat..." - i wonder,..wht kind of things yang ko 'terer'???hahahahahaha