Wednesday, November 5, 2008

the eighteen

pada suatu hari....

aku tengah bersiap2 penuh bergaya untuk menghadiri roll call yang akan berjalan tepat pada pukul 11 malam...sesudah aku memakai boxer,seluar,tali pinggang,stokin dan kasut...aku melangkah penuh yakin menuju ke lif untuk turun ke bawah(tingkat 11 okeh?)...aku menekan punat untuk memanggil lif untuk naik ke tingkat 11...setelah sebatang rokok habis...lif pun sampai...pintu lif terbuka...aku dengan rakan2 aku yang lain semua turut masuk dalam lif tu...seramai 6 orang telah masuk dalam lif tu...lif itu mempunyai kapasiti untuk menampung manusia2 yang gagah2 ini seramai 11 orang...setelah pintu lif tertutup...lif pun menuju ke tingkat 10 untuk mengambil penumpang...seramai 4 orang lagi telah masuk...menjadikan jumlah kesemua manusia2 gagah dalam lif itu seramai 10 orang...lalu lif itu pun turun lagi untuk mengambil penumpang di tingkat2 seterusnya sehingga mencapai bilangan 18 orang gagah yang berada dalam lif tersebut(7 melebihi muatan yang dibenarkan)

aku mula berfikir sejenak....

sebab lif ini mempunyai sejarah pintu tersangkut yang menyebabkan orang2 yang berada dalam lif tu terpaksa menjadikan lif itu sebagai bilik sementara selama lebih kurang sejam dua gitu...

"kalo la lif ni tersekat time kat ground floor cane ni....da la ramai nak mampus dalam ni"hati kecilku berbisik...

setibanya di tingkat ground floor...aku penuh tenang menunggu pintu lif terbuka...

tapi hampa

kami semua terus menunggu lagi...

hampa lagi...

keringat2 kami mula menitis satu per satu...peluh mula membasahi baju2 cantik yang dipakai oleh kami...lalu salah seorang member aku cuba menekan punat buka pintu...tapi apa yang jadi...pintu bukak seluas jari je...

cis2...buleh lak jadi ceni...tak penah2 lak seumur hidup aku terkurung dalam lif ni...memang malang btul nasib aku rini...tapi takpe...aku tabah...

lalu kedengaran suara2 senior yang berada diluar menyuruh kami mencari tuil untuk bukak pintu lif tu...salah seorang memberku yang tinggi diberi nama bmw cuba untuk mencari tuil tersebut...

tapi macam biasa...hampa lagi...

lepas tu semua orang dalam lif tu me'volunteer'kan diri masing2 untuk mencari dimana terletaknya tuil misteri itu kerana tuil itu adalah satu2 nya harapan kami untuk keluar...dah la dalam tu penuh ngan orang...pehtu semua lak nak bergasak nak ke depan...panas lak tu...siap boleh tulis 'tolong kami' kat dinding lif tu kerana proses kondensasi yang disebabkan oleh body heat 18 orang yang berada dalam lif tersebut....

setelah menanti selama lebih kurang 10 minit gitu...senior2 diluar mula mengambil tindakan drastik...mereka mencari kayu yang entah dari mana diorang dapat...lalu dengan penuh gagah mereka bersatu padu cuba membuka pintu lif tersebut...cuba punya cuba...pintu luar je yang dapat dikopak...lalu ada seorang lagi senior yang tahu dimana letaknya tuil tersebut cuba menjulurkan kepalanya untuk mencari tuil tersebut...

'mungkin dia ni da penah ade pengalaman tersekat dalam lif da kot..terer semacam je dalam selok belok lif ni'hati kecil ku berkata2 lagi...

dia berjaya mencari tuil yang memberi harapan untuk kami the 18 men untuk keluar...dan dia berjaya membuatkan pintu lif tu terbuka seperti bagaimana pintu lif terbuka lah...setelah hampir 40 minit bertarung untuk mendapatkan oksigen....udara diluar menyebabkan kami berasa seperti berada di syurga...nikmatnya tak terkata...alhamdulillah...syukur~~

macam haram je rase bile dok dalam lif tu...da la panas...berhimpit lak dengan 18 orang tu...isk...sial sungguh lif tu...selepas kejadian tu aku menjadi trauma untuk menaiki lif yang membawa malang tersebut....basah baju weh dengan peluh...

lepas semua keluar dari lif jahanam tu...kami pun menuju ke tempat roll call dengan penuh peluh dan bergaya...semua orang memandang kami seperti kami ni berjalan diatas red carpet lak...perak ke ape diorang ni...tak penah nampak orang tersekat dalam lif ke?haish...aku doakan semoga diorang lak dapat rasa apa yang aku rasa...hehehehe

nota kaki:kami the 18 mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada sesiapa yang membantu kami secara langsung dan tidak langsung...dan terima kasih juga kepada sesiapa yang memberi sokongan moral kepada kami...tanpa anda semua mungkin aku da tertdo2 dalam lif tu da.terima kasey!!!!

2 comments:

Anonymous said...

siapalah org2 baek yg menolong the 18men tu kan,..baek mulia hati budi pekerti,..mmg ahli2 syurga(termasuk yg tlg tgk dr luar-amek kesempatan mls g rollcall)

hahaha,...

alepzuhri said...

haaa...btul2
tambah2 kat luar tu...
yang dok tgk kitorang kuar sambile gelak2
semoga ALLAH letakkan dia dalam golongan2 yang masuk syurga...
hehehehe
terima kasih atas sokongan moral....hehehe